Biasanya pukul 10.30 pagi kumpulan marhaban ini dah mulakan sehinggalah pukul 11.30 atau pukul 12. Setelah habis, mereka akan makan dahulu sebelum jemputan-jemputan yang lain datang. Di sini, ada 3 kumpulan marhabannya dan semuanya perempuan (mak cik – mak cik). Di tempat lain ada kumpulan marhaban lelaki. Di Kedah disebut burdah.
Kumpulan marhaban ni selalunya sibuk memenuhi jemputan jadi kalau sesiapa yang nak panggil kenalah beritahu awal-awal kepada ketuanya. Buat temu janji, nanti tak datang pula. Biasanya ahli kumpulan ini akan diberi RM5 yang diletak di dalam sampul, bunga rampai dan bunga telur yang diletak dalam beg yang untuk kenduri tu. Sumbangan pula untuk diberi pada ketua bagi aktiviti marhaban. ‘Goodie bag’ ini akan diberi kepada ahli marhaban oleh tuan rumah ada ‘masanya’ bukan bagi macam tu je. Ketika marhaban ada masanya mereka akan berdiri dalam bulatan sambil berselawat dan masa itulah tuan rumah akan beri kepada setiap ahli ikut pusingan bulatan. Selepas itu mereka akan duduk balik dan meneruskan marhaban.
Kumpulan marhaban ini dikenali melalui uniform yang sama. Beli kain satu papan gamaknya. Kalau tengok ada mak cik yang pakai baju sama, dah tau dah ni mesti kumpulan marhaban. Kadang-kadang, ketua marhaban ini akan tanya pada tuan rumah warna tema majlis berkenaan bolehlah mereka pakai warna yang sama untuk memeriahkan lagi kenduri.
Dari dulu lagi dah ada tradisi memanggil kumpulan marhaban ini semasa kenduri dan dikenali juga sebagai ‘baca Maulud’. Pah saya juga merupakan ahli kumpulan marhaban dan turut mengajar orang tetapi tiada anak-anaknya atau cucunya yang mengikut kecuali cucu saudaranya. Al-fatihah buat Allahyarham Arbaiyah dan Allahyarham Yong Halimah.